Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XIII · Campur Tangan dan Tindakan Remedi
201. Penamatan polisi insurans
Feedback & supportPolisi penanggung insurans berlesen hendaklah terhenti daripada berkuat kuasa mulai dari tarikh perintah penggulungan telah dibuat berkenaan dengan penanggung insurans berlesen itu.
Jika polisi terhenti daripada berkuat kuasa di bawah subseksyen (1), pemunya polisi itu hanya layak untuk menuntut sebagai hutang yang kena dibayar kepadanya—
dalam hal suatu polisi am, pemulangan sebahagian daripada premium yang sepadan dengan baki tempoh polisi;
dalam hal polisi hayat, nilai polisi hayat itu;
nilai pelaburan atau simpanan yang dipegang berasingan berkenaan dengan polisi itu; atau
apa-apa pemulangan atau amaun lain, yang hendaklah dipastikan atas apa-apa dasar sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank.
Pelikuidasi hendaklah memberitahu setiap pemunya polisi dan, dalam hal suatu polisi kumpulan, pemunya polisi kumpulan, tentang pemberhentian polisi insurans itu melalui pos berdaftar ke alamat kediaman atau pejabatnya yang terakhir diketahui dan melalui iklan dalam mana-mana surat khabar sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.