Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XIII · Campur Tangan dan Tindakan Remedi
184. Bantuan kewangan kepada institusi perantaraan
Feedback & supportWalau apa pun seksyen 76 Akta Bank Negara Malaysia 2009,
Bank boleh memberi institusi perantaraan apa-apa bantuan kewangan sebagaimana yang Bank fikirkan wajar dan institusi perantaraan itu hendaklah, apabila dituntut atau pada mana-mana masa lain sebagaimana yang Bank tentukan, membayar balik atau membayar ganti kepada Bank, bantuan kewangan itu atas apa-apa terma dan syarat yang diputuskan oleh Bank.
192 Undang-Undang Malaysia AKTA 758
Subpenggal 6 – Penstrukturan semula modal syer