Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XIII · Campur Tangan dan Tindakan Remedi
194. Sekatan atas penggulungan secara sukarela
Feedback & support(1)
Institusi, sama ada atau tidak lesennya atau penamaannya telah dibatalkan, atau orang yang diluluskan, tidak boleh digulung secara sukarela tanpa kelulusan bertulis terdahulu Bank.
(2)
Orang berdaftar tidak boleh digulungkan secara sukarela tanpa memberikan notis bertulis terdahulu kepada Bank.
(3)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya.