Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XV · Penguatkuasaan dan Penalti
220. Kuasa pegawai penyiasat
Feedback & supportSeorang pegawai penyiasat yang dilantik di bawah seksyen 219 hendaklah mempunyai semua kuasa dan fungsi yang diberikan kepada Bank di bawah Bahagian ini, dan jika pegawai penyiasat itu bukan seorang pegawai Bank, dia hendaklah, berhubung dengan kuasa dan fungsi itu—
menjadi tertakluk pada; dan
menikmati apa-apa hak, keistimewaan, perlindungan, kekebalan dan tanggung rugi sebagaimana yang ditentukan dalam, peruntukan Akta ini, Akta Bank Negara Malaysia 2009 atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang terpakai bagi seorang
Perkhidmatan Kewangan 223
pegawai Bank seolah-olah dia adalah seorang pegawai Bank.
Seorang pegawai penyiasat, dalam menjalankan kuasanya dan melaksanakan fungsinya, hendaklah tertakluk pada dan mematuhi arahan, kawalan, petunjuk, syarat, sekatan atau batasan sebagaimana yang ditentukan oleh Bank, secara lisan atau bertulis, sama ada secara am, atau dalam apa-apa hal atau hal keadaan tertentu.
Gabenor hendaklah mempunyai semua kuasa dan fungsi seorang pegawai penyiasat.
Seorang pegawai penyiasat yang melakukan apa-apa pemeriksaan atas mana-mana orang di bawah Penggal ini hendaklah mempunyai kuasa untuk mengendalikan suatu sumpah atau ikrar kepada orang yang sedang diperiksa.