Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XV · Penguatkuasaan dan Penalti
223. Section 223
Feedback & supportSeorang pegawai penyiasat, dalam menjalankan penyiasatannya atau penggeledahannya, hendaklah—
menyediakan dan menandatangani suatu senarai semua harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku, dokumen atau maklumat yang disita; dan
menyatakan dalam senarai itu lokasi di mana, atau orang yang, harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku, dokumen atau maklumat itu dijumpai atau diperoleh.
Penghuni premis yang dimasuki di bawah subseksyen 221(1)
atau seksyen 222 semasa penyiasatan itu, atau mana-mana orang bagi pihaknya, hendaklah pada tiap-tiap masa dibenarkan untuk hadir sepanjang penggeledahan itu, menandatangani senarai geledah itu atau meletakkan cap ibu jarinya atas senarai itu, dan diberikan satu salinan senarai geledah yang telah disiapkan dan ditandatangani atau diletakkan cap ibu jari di bawah seksyen ini.
Jika penghuni premis itu atau orang yang bertindak bagi pihak penghuni itu di bawah subseksyen (2) enggan menandatangani senarai geledah itu atau meletakkan cap ibu jarinya atas senarai itu, pegawai penyiasat itu hendaklah mengendorskan namanya atas senarai geledah itu, hakikat dan sebab keengganan berbuat demikian, jika ada, yang dinyatakan oleh penghuni itu atau orang yang bertindak bagi penghuni itu.
Perkhidmatan Kewangan 227