Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XV · Penguatkuasaan dan Penalti
251. Kesalahan boleh tangkap
Feedback & supportTiap-tiap kesalahan yang boleh dihukum di bawah Akta ini hendaklah menjadi suatu kesalahan boleh tangkap, dan seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada pangkat
Inspektor, atau seorang pegawai penyiasat yang dilantik di bawah seksyen 219 boleh menangkap tanpa waran seseorang yang dia secara munasabah mengesyaki telah melakukan atau sedang melakukan kesalahan itu.