Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XV · Penguatkuasaan dan Penalti
252. Kewajipan pegawai penyiasat untuk menyerahkan orang yang ditangkap kepada pihak polis
Feedback & supportSeorang pegawai penyiasat yang membuat suatu tangkapan di bawah seksyen 251 hendaklah menyerahkan orang yang ditangkap itu kepada seorang pegawai polis tanpa kelengahan yang tidak berpatutan dan orang yang ditangkap itu hendaklah diuruskan mengikut undang-undang yang berhubungan dengan tatacara jenayah seolah-olah dia telah ditangkap oleh seorang pegawai polis.