Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XV · Penguatkuasaan dan Penalti
250. Kesalahan oleh pekerja, dsb
Feedback & supportJika seseorang bertanggungan di bawah Akta ini kepada suatu penalti bagi apa-apa tindakan, peninggalan, kecuaian atau keingkaran, orang itu hendaklah bertanggungan bagi penalti yang sama bagi tindakan, peninggalan, kecuaian atau keingkaran pekerjanya, pengarahnya, pengawalnya, atau ejennya sekiranya tindakan, peninggalan, kecuaian atau keingkaran itu dilakukan oleh—
(a)
pekerjanya semasa penjalanan pekerjaan pekerja itu;
(b)
pengarahnya semasa menjalankan fungsi sebagai pengarah;
Perkhidmatan Kewangan 257
(c)
pengawalnya semasa menjalankan fungsi sebagai pengawal;
atau
(d)
ejennya apabila bertindak bagi pihaknya.