Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XV · Penguatkuasaan dan Penalti
256. Perlindungan berhubung dengan pendedahan maklumat kepada Bank
Feedback & supportJika seseorang mendedahkan secara suci hati kepada
Bank, pengetahuannya atau kepercayaannya atau apa-apa dokumen atau maklumat bahawa suatu kemungkiran atau pelanggaran telah berlaku atau mungkin akan berlaku di bawah Akta ini—
orang itu tidak bertanggungan bagi suatu kemungkiran suatu kewajipan kerahsiaan yang dikenakan oleh mana-mana undang-undang, kontrak atau kaedah-kaedah amalan profesional;
ia hendaklah menjadi suatu pembelaan dalam suatu tindakan, guaman, dakwaan atau prosiding yang dibawa, dimulakan atau diteruskan dalam mana-mana mahkamah atau di hadapan mana-mana pihak berkuasa lain terhadap orang yang membuat pendedahan kepada Bank yang ia percaya pendedahan itu perlu bagi menjalankan kuat kuasa peruntukan Akta ini; atau
tidak ada kontrak atau hak atau remedi lain boleh dikuatkuasakan terhadap orang itu atas sebab pendedahan itu.
260 Undang-Undang Malaysia AKTA 758
Apa-apa dokumen atau maklumat yang didedahkan kepada
Bank di bawah subseksyen (1) dan maklumat dan pengenalan diri orang yang membuat pendedahan itu hendaklah menjadi rahsia antara
Bank dan orang yang membuat pendedahan itu.