Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian V · Kehendak Berhemat
50. Had pendedahan pihak balas tunggal bagi orang berlesen
Feedback & supportTiada orang berlesen pun boleh mempunyai pendedahan kepada suatu pihak balas tunggal yang melebihi had sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah subseksyen 47(1).
Suatu pendedahan kepada pihak balas tunggal yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah termasuk suatu pendedahan kepada mana-mana kumpulan orang berkaitan dengan pihak balas tunggal itu tetapi tidak termasuk apa-apa pendedahan kepada, dan apa-apa pendedahan yang dijamin secara nyata oleh, Bank atau Kerajaan.
90 Undang-Undang Malaysia AKTA 758
Bagi maksud seksyen ini, Bank boleh menentukan apa yang merupakan “berkaitan”, “pihak balas” atau “pendedahan”.