Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian V · Kehendak Berhemat
59. Kehilangan kelayakan
Feedback & supportSeseorang itu hilang kelayakan daripada dilantik atau dipilih, dilantik semula atau dipilih semula, menerima apa-apa pelantikan atau pemilihan, atau memegang jawatan, sebagai pengerusi, pengarah, ketua pegawai eksekutif atau pegawai kanan institusi sekiranya—
dia seorang bankrap yang belum dilepaskan, telah menggantung pembayaran atau telah membuat penyelesaian pembayaran dengan pemiutangnya sama ada di dalam atau di luar Malaysia;
suatu pertuduhan bagi suatu kesalahan jenayah yang berhubungan dengan ketidakjujuran atau fraud di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau undang-undang mana-mana negara, wilayah atau tempat di luar Malaysia telah dibuktikan terhadapnya;
dia dilarang daripada menjadi pengarah syarikat atau dengan apa-apa cara, sama ada secara langsung atau tidak langsung terlibat atau mengambil bahagian dalam pengurusan syarikat di Malaysia menurut suatu perintah mahkamah yang dibuat di bawah seksyen 130A *Akta Syarikat 1965 dan tidak mendapat apa-apa kebenaran daripada mahkamah di bawah seksyen yang sama; atau
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]
yang mula berkuat kuasa pada 31 Januari 2017—lihat subseksyen 620 (1) Akta 777.
96 Undang-Undang Malaysia AKTA 758
di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pencegahan jenayah, pengedaran dadah atau imigresen—
suatu perintah tahanan, pengawasan atau pengusiran telah dibuat terhadap orang itu; atau
apa-apa bentuk sekatan atau pengawasan melalui bon atau selainnya, telah dikenakan atasnya.
Jika apa-apa prosiding jenayah belum selesai dalam mana-mana mahkamah bagi apa-apa kesalahan yang disebut dalam perenggan (1)(b) terhadap pengerusi, pengarah, ketua pegawai eksekutif atau pegawai kanan institusi, maka orang itu tidak boleh—
bertindak atas keupayaan sedemikian, memegang apa-apa jawatan lain atau bertindak atas apa-apa keupayaan lain, dalam institusi itu; atau
kena mengena dengan, mengambil bahagian atau terlibat dalam, apa-apa cara, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dalam mana-mana aktiviti, hal ehwal atau perniagaan bagi, atau berhubung dengan, institusi itu, kecuali sebagaimana yang dibenarkan oleh lembaga pengarah institusi itu tertakluk pada apa-apa syarat sebagaimana yang ditentukan oleh
Bank.
Bagi maksud subseksyen (2), “prosiding jenayah” hendaklah disifatkan belum selesai dari tarikh orang dituduh mula dipertuduhkan dalam mahkamah bagi kesalahan itu sehinggalah tarikh keputusan muktamad prosiding itu, sama ada di dalam mahkamah berbidang kuasa asal atau, dalam keadaan apa-apa rayuan oleh mana-mana pihak, dalam mahkamah berbidang kuasa rayuan muktamad.