Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian V · Kehendak Berhemat
56. Fungsi dan kewajipan lembaga pengarah
Feedback & supportPerniagaan dan hal ehwal suatu institusi hendaklah diuruskan di bawah arahan dan pengawasan lembaga pengarahnya, tertakluk pada Akta ini dan mana-mana undang-undang bertulis lain yang boleh terpakai bagi institusi itu.
Tanpa mengehadkan keluasan subseksyen (1), lembaga pengarah hendaklah—
menetapkan dan mengawasi pelaksanaan objektif dan strategi perniagaan dan risiko dan dalam melakukan hal sedemikian hendaklah mengambil kira daya maju jangka panjang institusi itu dan standard urus niaga adil yang munasabah;
Perkhidmatan Kewangan 93
memastikan dan mengawasi reka bentuk berkesan dan pelaksanaan kawalan dalaman yang kukuh, pematuhan dan sistem pengurusan risiko setara dengan jenis, skala dan kerumitan perniagaan dan struktur institusi itu;
mengawasi pelaksanaan pengurusan kanan dalam menguruskan perniagaan dan hal ehwal institusi itu;
memastikan bahawa terdapat suatu proses pelaporan kewangan yang boleh dipercayai dan telus dalam institusi itu;
dan
menggalakkan komunikasi yang tepat pada masanya dan berkesan antara institusi itu dan
Bank mengenai perkara yang menjejaskan atau yang boleh menjejaskan keselamatan dan kekukuhan institusi itu.
Dalam menjalankan fungsinya atau kewajipannya di bawah
Penggal ini, lembaga pengarah institusi hendaklah mengambil kira kepentingan pendeposit atau pemunya polisi institusi itu atau peserta.