Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian V · Kehendak Berhemat
60. Kehendak layak dan sesuai
Feedback & supportTanpa mengehadkan keluasan seksyen 47 dan bagi maksud perenggan 55(1)(c) dan 55(2)(b), Bank boleh menentukan
Perkhidmatan Kewangan 97
kehendak layak dan sesuai untuk dipatuhi oleh pengerusi, pengarah, ketua pegawai eksekutif atau pegawai kanan institusi atau wakil penasihat kewangan, yang boleh termasuk kriteria minimum yang berhubungan dengan—
kejujuran, berintegriti dan reputasi;
kecekapan dan kebolehan; dan
integriti kewangan.
Jika suatu perkara berbangkit sama ada pengerusi, pengarah, ketua pegawai eksekutif, pegawai kanan atau wakil penasihat kewangan telah mematuhi kehendak layak dan sesuai sebagaimana yang ditentukan di bawah subseksyen (1), Bank hendaklah mempunyai budi bicara penuh untuk memutuskan perkara itu.