Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian V · Kehendak Berhemat
63. Tafsiran
Feedback & supportBagi maksud Penggal ini—
“penyata kewangan”
mempunyai pengertian yang sama sebagaimana yang dinyatakan dalam piawaian perakaunan yang diluluskan yang dikeluarkan atau diluluskan oleh Lembaga Piawaian
Perakaunan Malaysia di bawah Akta Pelaporan Kewangan 1997
[Akta 558];
Perkhidmatan Kewangan 99
“piawaian perakaunan yang diluluskan” mempunyai pengertian yang sama yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta
Pelaporan Kewangan 1997;
“rekod perakaunan” mempunyai pengertian yang sama yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 4(1) *Akta Syarikat 1965.