Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian V · Kehendak Berhemat
54. Pengerusi, pengarah dan ketua pegawai eksekutif institusi
Feedback & supportTiap-tiap institusi hendaklah pada setiap masa mempunyai ketua pegawai eksekutif.
Kecuali dengan kelulusan bertulis terdahulu Bank—
tiada orang berlesen pun boleh melantik atau memilih, atau melantik semula atau memilih semula mana-mana orang sebagai pengerusinya, pengarahnya atau ketua pegawai eksekutifnya; dan
tiada seorang pun boleh menerima mana-mana pelantikan atau pemilihan, atau pelantikan semula atau pemilihan semula sebagai pengerusi, pengarah atau ketua pegawai eksekutif, orang berlesen.
Orang berlesen hendaklah mengemukakan suatu permohonan secara bertulis kepada Bank berserta dengan apa-apa dokumen atau maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh Bank bagi maksud suatu kelulusan di bawah subseksyen (2).
Orang yang diluluskan atau pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan hendaklah memberitahu Bank secara bertulis mengenai pelantikan, pelantikan semula, pemilihan atau pemilihan semula pengerusinya, pengarahnya atau ketua pegawai eksekutifnya dan dalam hal penasihat kewangan yang diluluskan, wakilnya, dalam tempoh tujuh hari atau apa-apa tempoh lain sebagaimana yang ditentukan oleh Bank berserta dengan apa-apa dokumen atau maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.