Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian V · Kehendak Berhemat
67. Pelantikan juruaudit oleh institusi
Feedback & supportTiap-tiap institusi hendaklah melantik juruaudit pada setiap tahun kewangan yang memenuhi apa-apa kehendak atau mempunyai apa-apa kelayakan yang dinyatakan dalam mana-mana standard sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah subseksyen 47(1).
Kecuali dengan kelulusan bertulis terdahulu Bank, tiada orang berlesen pun boleh melantik mana-mana orang sebagai juruauditnya dan tiada seorang pun boleh menerima apa-apa pelantikan sebagai juruaudit orang berlesen.
Orang yang diluluskan atau pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan hendaklah memberitahu Bank mengenai pelantikan juruauditnya dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang diputuskan oleh Bank.
Bagi maksud Penggal ini—
seseorang itu tidak boleh disifatkan sebagai seorang pegawai institusi hanya disebabkan dia telah dilantik sebagai juruaudit institusi itu; dan
terma “pelantikan” termasuklah pelantikan semula.
Perkhidmatan Kewangan 101