Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian V · Kehendak Berhemat
55. Kehendak untuk menjadi pengerusi, pengarah, ketua pegawai eksekutif atau pegawai kanan
Feedback & supportSuatu institusi itu tidak boleh melantik atau memilih, melantik semula atau memilih semula mana-mana orang sebagai pengerusi, pengarah, ketua pegawai eksekutif atau pegawai kanan
92 Undang-Undang Malaysia AKTA 758
institusi itu, melainkan jika orang itu—
ialah seorang individu;
tidak hilang kelayakan di bawah subseksyen 59(1); dan
telah mematuhi kehendak layak dan sesuai sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah seksyen 60.
Tiada seorang pun boleh menerima mana-mana pelantikan atau pemilihan, pelantikan semula atau pemilihan semula sebagai pengerusi, pengarah, ketua pegawai eksekutif atau pegawai kanan institusi, melainkan jika orang itu—
tidak hilang kelayakan di bawah subseksyen 59(1); dan
telah mematuhi kehendak layak dan sesuai sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah seksyen 60.
Melainkan jika Bank meluluskan selainnya, ketua pegawai eksekutif institusi hendaklah mempunyai tempat kediaman utamanya atau tempat kediamannya hanya di Malaysia dan menumpukan keseluruhan masa profesionalnya untuk berkhidmat bagi institusi itu.