Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XIV · Campur Tangan dan Tindakan Remedi
220. Perjanjian kewangan yang layak
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Bagi maksud seksyen ini, “institusi” merujuk kepada orang berlesen, pengeluar instrumen pembayaran Islam yang ditetapkan yang diluluskan atau pengendali suatu sistem pembayaran yang ditetapkan.
Pihak-pihak di bawah suatu perjanjian kewangan yang layak boleh meneruskan penguatkuasaan haknya di bawah perjanjian kewangan yang layak itu dan tidak terjejas oleh—
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
Perkhidmatan Kewangan Islam 211
pengambilalihan kawalan orang berlesen atau pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan menurut seksyen 179;
pelantikan penerima dan pengurus perniagaan, hal ehwal atau harta mana-mana institusi menurut seksyen 184; atau
pembuatan suatu perintah bagi pemindahan wajib perniagaan, aset atau liabiliti orang berlesen menurut seksyen 188, kecuali semasa apa-apa tempoh sebagaimana yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 271 apabila pengambilalihan kawalan atau pelantikan penerima atau pengurus bermula.
Jika perjanjian kewangan yang layak dipindahkan kepada mana-mana orang menurut pelaksanaan kuasa di bawah subseksyen 180(6) atau seksyen 186 atau institusi perantaraan atau mana-mana orang lain di bawah seksyen 188—
orang atau institusi perantaraan yang memperoleh itu hendaklah mengambil alih semua hak dan obligasi di bawah mana-mana perjanjian kewangan yang layak institusi itu yang daripada perjanjian itu dipindahkan; dan
penguatkuasaan oleh pihak-pihak atas hak mereka di bawah perjanjian kewangan yang layak itu hendaklah mengikut terma perjanjian itu seolah-olah orang atau institusi perantaraan yang memperoleh itu sentiasa menjadi suatu pihak kepada perjanjian sedemikian.
Sekiranya perjanjian kewangan yang layak tidak dipindahkan kepada institusi perantaraan atau orang lain, pihak-pihak kepada perjanjian kewangan yang layak itu hendaklah berhak untuk menguatkuasakan haknya di bawah perjanjian itu pada habis tempoh yang disebut dalam subseksyen (2).
Jika perjanjian kewangan yang layak institusi dipindahkan kepada orang atau institusi perantaraan yang memperoleh itu semasa tempoh yang ditetapkan oleh Bank di bawah subseksyen (2), dan jika orang itu ialah seorang pihak balas kepada dua atau lebih transaksi
212 Undang-Undang Malaysia AKTA 759
kewangan yang layak di bawah perjanjian itu dengan institusi yang sama, semua atau tiada satu pun transaksi kewangan yang layak itu hendaklah dipindahkan kepada orang atau institusi perantaraan yang memperoleh itu.
Sekiranya perjanjian kewangan yang layak yang berhubungan dengan cagaran kewangan yang terpakai bagi apa-apa harta institusi itu dipindahkan, harta itu hendaklah juga dipindahkan kepada orang atau institusi perantaraan yang memperoleh itu.
Bahagian XV
Kuasa Bank yang Lain
Bahagian XVI
Penguatkuasaan dan Penalti
Bahagian XVII
Peruntukan Am
Bahagian XVIII