Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian XIV · Campur Tangan dan Tindakan Remedi

221. Jawatankuasa Pentaksir

(1)

Mana-mana orang yang terkilan dengan harga urus niaga yang berbangkit daripada—

(a)

suatu penjualan atau pelupusan keseluruhan atau sebahagian perniagaan atau harta orang berlesen atau pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan oleh Bank atau orang yang dilantik di bawah subseksyen 180(6); atau

(b)

suatu pemindahan wajib bagi keseluruhan atau sebahagian perniagaan, aset dan liabiliti orang berlesen mengikut seksyen 188, boleh, dalam tempoh dua puluh satu hari dari tarikh penjualan, pelupusan atau pemindahan itu, merayu atas harga urus niaga itu kepada Jawatankuasa Pentaksir dengan mengemukakan suatu rayuan secara bertulis kepada Bank.

(2)

Jika mana-mana orang merayu di bawah subseksyen (1), Bank hendaklah menubuhkan suatu Jawatankuasa Pentaksir yang terdiri daripada tiga orang bebas sebagai anggota Jawatankuasa Pentaksir, dipilih daripada suatu panel sepuluh orang yang dilantik oleh Menteri atas syor Bank dan merujuk rayuan itu kepada Jawatankuasa Pentaksir untuk menaksir kemunasabahan harga urus niaga itu.

(3)

Jawatankuasa

Pentaksir yang ditubuhkan di bawah subseksyen (2) boleh memutuskan tatacaranya sendiri.

(4)

Dalam menaksir kemunasabahan harga urus niaga itu,

Jawatankuasa Pentaksir hendaklah mengambil kira apa-apa perkara

Perkhidmatan Kewangan Islam 213

yang ia berpendapat berkaitan termasuk keadaan pasaran semasa bagi penjualan atau pemindahan harta, perniagaan, aset atau liabiliti yang serupa bagi orang berlesen atau pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan itu.

(5)

Jika Jawatankuasa Pentaksir memutuskan bahawa—

(a)

harga urus niaga kurang daripada harga yang pada pendapatnya harga yang munasabah bagi harta, perniagaan, aset atau liabiliti itu, ia hendaklah menasihati Bank untuk membayar perbezaan antara harga urus niaga dan harga yang munasabah itu; atau

(b)

harga urus niaga pada pendapatnya harga yang munasabah, ia hendaklah menasihati Bank dengan sewajarnya.

(6)

Bank hendaklah memberitahu orang yang terkilan secara bertulis tentang keputusan Jawatankuasa Pentaksir di bawah subseksyen (5).

(7)

Walau apa pun subseksyen (5), jika institusi itu tidak solven dan keseluruhan harta, perniagaan, aset atau liabiliti orang berlesen atau pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan itu dijual atau dilupuskan oleh Bank atau orang yang dilantik di bawah subseksyen 180(6), atau dipindahkan oleh Bank di bawah seksyen 188, suatu balasan sebanyak satu ringgit hendaklah disifatkan sebagai munasabah sebagai harga urus niaga itu.

(8)

Penjualan atau pelupusan keseluruhan atau sebahagian perniagaan atau harta itu di bawah subseksyen 180(6) atau pemindahan keseluruhan atau sebahagian perniagaan, aset atau liabiliti di bawah seksyen 188 hendaklah berkuat kuasa walaupun apa-apa rayuan kepada atau apa-apa keputusan dibuat oleh, Jawatankuasa Pentaksir.

(9)

Suatu keputusan Jawatankuasa Pentaksir adalah muktamad dan mengikat pihak yang membuat rayuan.

214 Undang-Undang Malaysia AKTA 759

Report

Bahagian XV

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XVI

Penguatkuasaan dan Penalti

Bahagian XVII

Peruntukan Am

Bahagian XVIII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules