Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XVI · Penguatkuasaan dan Penalti
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XVI · Penguatkuasaan dan Penalti
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika
Bank mendapati bahawa terdapat kebarangkalian munasabah bahawa mana-mana orang akan melanggar atau telah melanggar atau akan mungkir atau telah memungkiri atau berkemungkinan untuk gagal mematuhi atau telah gagal mematuhi mana-mana—
peruntukan Akta ini;
peruntukan mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat menurut Akta ini;
perintah yang dibuat atau arahan yang dikeluarkan oleh
Bank di bawah Akta ini termasuk suatu perintah yang dibuat di bawah seksyen 106 atau suatu arahan yang dikeluarkan di bawah seksyen 128
atau 168, subseksyen 225(6) atau seksyen 227;
standard, syarat, sekatan, penentuan, kehendak atau kod yang dibuat atau dikeluarkan menurut mana-mana peruntukan Akta ini; atau
tindakan yang diambil oleh
Bank di bawah subseksyen 245(3),
Bank boleh memulakan prosiding sivil di mahkamah memohon apa-apa perintah yang ditentukan di bawah subseksyen 251(1)
terhadap orang itu sama ada orang itu telah dituduh dengan suatu kesalahan berkenaan dengan pelanggaran atau kemungkiran itu atau sama ada suatu pelanggaran atau kemungkiran telah dibuktikan dalam suatu pendakwaan.
252 Undang-Undang Malaysia AKTA 759
Bahagian XVII
Bahagian XVIII