Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian XVI · Penguatkuasaan dan Penalti

251. Perintah oleh mahkamah

(1)

Mahkamah boleh atas suatu permohonan oleh Bank di bawah seksyen 250 membuat satu atau lebih perintah yang berikut:

(a)

suatu perintah menghendaki orang itu untuk membayar suatu amaun yang tidak melebihi tiga kali ganda—

(i)

amaun kasar ganjaran yang diperoleh atau kehilangan yang dielakkan oleh orang itu berbangkit daripada pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu;

atau

(ii)

amaun wang yang menjadi hal perkara pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan;

(b)

suatu perintah menghendaki orang itu membayar suatu penalti sivil dalam apa-apa amaun sebagaimana yang mahkamah berpendapat wajar setelah mengambil kira seriusnya atau beratnya pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu, tetapi dalam apa-apa keadaan tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit;

(c)

suatu perintah—

(i)

yang menahan orang itu daripada terlibat apa-apa kelakuan tertentu; atau

(ii)

yang menghendaki pemberhentian pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu;

(d)

suatu perintah mengarahkan seseorang itu untuk melakukan suatu perbuatan tertentu;

(e)

suatu perintah mengarahkan orang itu, atau mana-mana orang lain yang didapati terlibat dalam pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu untuk mengambil apa-apa langkah sebagaimana yang diarahkan oleh

Perkhidmatan Kewangan Islam 253

mahkamah untuk mengurangkan kesan pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu;

(f)

suatu perintah yang mengarahkan orang yang diberi kuasa, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau peserta pasaran untuk meremedi pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu termasuk membuat restitusi kepada mana-mana orang lain yang terkilan dengan pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu;

(g)

jika seorang itu telah enggan atau gagal untuk mematuhi apa-apa tindakan yang diambil oleh Bank di bawah subseksyen 245(3), suatu perintah mengarahkan orang itu mematuhi tindakan yang diambil oleh Bank; dan

(h)

apa-apa perintah lain yang disifatkan wajar oleh mahkamah termasuk perintah sampingan yang disifatkan perlu berikutan dengan pembuatan suatu perintah di bawah mana-mana peruntukan subseksyen ini.

(2)

Mahkamah boleh membuat suatu perintah di bawah subseksyen (1) terhadap seseorang—

(a)

yang ialah pengarah, pengawal, pegawai atau rakan kongsi, atau pernah berupa untuk bertindak atas mana-mana keupayaan sedemikian; atau

(b)

yang berkenaan dalam pengurusan hal ehwal, suatu pertubuhan perbadanan atau pertubuhan yang tidak diperbadankan jika pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan telah dilakukan oleh pertubuhan perbadanan atau pertubuhan yang tidak diperbadankan melainkan jika, orang itu membuktikan bahawa pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan telah dilakukan tanpa keizinannya atau dibiarkan olehnya dan dia telah melaksanakan usaha sedemikian untuk mencegah pelakuan pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu sebagaimana yang patut dilaksanakan olehnya, dengan mengambil kira keadaan fungsinya atas keupayaan itu dan hal keadaan itu.

254 Undang-Undang Malaysia AKTA 759

(3)

Sekiranya suatu pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan dilakukan oleh seseorang—

(a)

yang ialah pengarah, pengawal, pegawai atau rakan kongsi suatu pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan, atau yang berupa untuk bertindak atas mana-mana keupayaan sedemikian; atau

(b)

yang berkenaan dalam pengurusan hal ehwal pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan, suatu arahan dibawah subseksyen (1) boleh dibuat terhadap pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan itu.

(4)

Apa-apa jumlah yang diperintahkan oleh mahkamah di bawah subseksyen (1), hendaklah digunakan—

(a)

pertamanya, untuk membayar ganti kepada Bank segala kos prosiding berkenaan dengan pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu; dan

(b)

keduanya, untuk membayar orang yang terkilan oleh pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan suatu perintah di bawah perenggan (1)(f); atau

(c)

ketiganya, untuk membayar ke dalam dan membentuk sebahagian Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan melainkan jika mahkamah memerintahkan bagi apa-apa jumlah atau bahagian padanya untuk digunakan untuk membayar pampasan orang yang telah mengalami kerugian berbangkit daripada pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan.

(5)

Sekiranya orang yang diberi kuasa, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau peserta pasaran mendapati adalah tidak praktikal untuk memberikan suatu remedi kepada orang yang disebut dalam perenggan (1)(f), memandangkan amaun yang bakal diagihkan kepada setiap orang atau kesulitan mengenal pasti atau memberitahu orang yang sepatutnya diberikan suatu remedi, orang yang diberi kuasa, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau peserta pasaran hendaklah menyerah simpan amaun itu dengan

Perkhidmatan Kewangan Islam 255

Pendaftar Wang Tak Dituntut mengikut peruntukan Akta Wang Tak

Dituntut 1965.

(6)

Mahkamah boleh membatalkan atau mengubah suatu perintah yang dibuat olehnya di bawah seksyen ini atau menggantung kuat kuasa perintah itu.

(7)

Kuasa yang diberikan kepada mahkamah di bawah seksyen ini adalah sebagai tambahan kepada mana-mana kuasanya yang lain, dan tidak mengurangkan kuasanya yang lain yang diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain.

(8)

Permohonan di bawah seksyen ini boleh dimulakan pada bila-bila masa dalam masa enam tahun dari tarikh Bank menyedari tentang pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu.

Report

Bahagian XVII

Peruntukan Am

Bahagian XVIII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules