Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XVI · Penguatkuasaan dan Penalti
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XVI · Penguatkuasaan dan Penalti
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Mana-mana orang yang terkilan oleh suatu keputusan Bank di bawah perenggan 245(3)(b) atau (e) boleh dalam tempoh dua puluh satu hari selepas orang itu telah diberitahu keputusan itu, merayu dengan memfailkan suatu notis secara bertulis kepada Jawatankuasa
Semakan Penalti Monetari.
Keputusan Bank di bawah perenggan 245(3)(b) atau (e), mengikut mana-mana yang berkenaan, tidak boleh berkuat kuasa sehingga rayuan itu diputuskan.
Jawatankuasa Semakan Penalti Monetari boleh memutuskan untuk mengesahkan keputusan Bank atau menghendaki Bank untuk mempertimbangkan semula dan mencapai suatu keputusan mengikut dapatan Jawatankuasa itu.
Bahagian XVII
Bahagian XVIII