Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XVI · Penguatkuasaan dan Penalti
252. Tindakan sivil untuk menuntut pampasan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika mana-mana orang—
telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain; atau
telah melakukan apa-apa kesalahan yang dilakukan olehnya yang telah dikompaun di bawah seksyen 264, dan kesalahan itu telah mengakibatkan, atau menyebabkan, atau berikutan dengan berlakunya kesalahan itu, mengakibatkan, atau menyebabkan, apa-apa kerugian atau kerosakan pada apa-apa keadaan atau dalam apa-apa bentuk kepada orang berlesen, Bank boleh memulakan tindakan sivil di mahkamah bagi maksud menuntut tanggung rugi daripada orang yang disebut dalam subseksyen (2).
Orang yang berikut hendaklah bertanggungan secara bersesama dan berasingan untuk menanggung rugi orang berlesen secara penuh bagi apa-apa kerugian atau kerosakan kepada orang berlesen:
orang yang disabitkan dengan kesalahan itu, atau orang yang kesalahannya telah dikompaun di bawah seksyen 264; dan 256 Undang-Undang Malaysia AKTA 759
mana-mana pengarah, pegawai atau pengawal orang berlesen, mana-mana orang lain yang berupa sebagai bertindak atas apa-apa keupayaan yang sedemikian, atau mana-mana orang yang dengan apa-apa cara jua atau sedikit sebanyaknya bertanggungjawab bagi pengurusan hal ehwal orang berlesen, atau mana-mana orang yang sedang membantu dalam pengurusan sedemikian.
Mahkamah boleh, setelah menyemak suatu permohonan oleh
Bank, membuat suatu perintah menentukan amaun wang yang orang yang disebut dalam subseksyen (2) bertanggungan untuk menanggung rugi orang berlesen.
Orang yang disebut dalam subseksyen (2) tidak bertanggungan untuk menanggung rugi sedemikian kepada orang berlesen sekiranya—
kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya, keizinannya atau dibiarkan olehnya; dan
dia telah mengambil semua langkah berjaga-jaga yang munasabah dan telah melaksanakan usaha wajar untuk mencegah berlakunya kesalahan itu sebagaimana yang dia patut telah mengambil langkah mencegah atau telah melaksanakan, mengambil kira keadaan fungsinya dan semua hal keadaan yang kesalahan itu dilakukan.
Suatu amaun yang diperintahkan oleh mahkamah di bawah subseksyen (3) hendaklah terpakai—
pertamanya, untuk membayar ganti kepada Bank bagi segala kos prosiding untuk menuntut tanggung rugi; dan
keduanya, untuk memberi pampasan kepada orang berlesen.
Tindakan sivil di bawah subseksyen (1) boleh dimulakan pada bila-bila masa dalam enam tahun dari tarikh yang orang itu telah disabitkan kesalahan di bawah Akta ini atau undang-undang bertulis lain atau dikompaun di bawah seksyen 264.
Perkhidmatan Kewangan Islam 257
Bahagian XVII
Peruntukan Am
Bahagian XVIII