Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian XVI · Penguatkuasaan dan Penalti

260. Kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang yang bertindak dalam keupayaan rasmi

(1)

Jika sesuatu kesalahan itu dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan, seseorang itu—

(a)

yang ialah pengarahnya, pengawalnya, pegawainya atau rakan kongsinya atau berupa sebagai bertindak dalam mana-mana keupayaan sedemikian; atau

(b)

yang berkenaan dalam pengurusan hal ehwalnya,

260 Undang-Undang Malaysia AKTA 759

pada masa kesalahan itu dilakukan adalah disifatkan sebagai telah melakukan kesalahan itu melainkan jika orang itu membuktikan bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa keizinannya atau dibiarkannya dan bahawa dia telah melaksanakan apa-apa usaha untuk mencegah pelakuan kesalahan itu sebagaimana yang patut dilaksanakan olehnya, dengan mengambil kira keadaan fungsinya dalam keupayaan itu dan hal keadaan itu.

(2)

Seseorang individu itu boleh didakwa untuk suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) walau apa pun pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan itu tidak disabitkan dengan kesalahan sama ada suatu pendakwaan telah dimulakan atau sabitan telah diperoleh terhadap pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan itu.

(3)

Subseksyen (1) tidak boleh menjejaskan liabiliti jenayah pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan bagi kesalahan yang disebut dalam subseksyen itu.

(4)

Penalti pemenjaraan bagi suatu kesalahan terpakai bagi seseorang individu yang disabitkan bagi suatu kesalahan di bawah subseksyen (1), walau apa pun pemenjaraan itu tidak terpakai bagi pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan menurut seksyen 258.

Kesalahan oleh pekerja, dsb.

Report

Bahagian XVII

Peruntukan Am

Bahagian XVIII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules