Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XVI · Penguatkuasaan dan Penalti
242. Agent provocateur
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Walau apa pun mana-mana undang-undang atau rukun undang-undang yang bertentangan, dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini—
tiada agent provocateur pun, sama ada dia seorang pegawai
Bank atau tidak, boleh dianggap menjadi seorang rakan jenayah atau tidak boleh dipercayai hanya kerana dia telah cuba melakukan atau bersubahat dalam, atau telah bersubahat atau terlibat dalam komplot jenayah untuk melakukan, kesalahan itu sekiranya maksud utama percubaan, persubahatan atau penglibatan itu ialah untuk mendapatkan keterangan terhadap orang itu;
apa-apa penyataan sama ada secara lisan atau bertulis yang dibuat kepada seorang agent provocateur oleh mana-mana orang, termasuk mana-mana orang yang kemudiannya didakwa dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini, hendaklah menjadi boleh diterima sebagai keterangan dan diberikan kadar wajar dan pertimbangan dalam mana-mana perbicaraan bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini; dan
suatu sabitan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini yang semata-mata atas keterangan tanpa sokongan mana-mana agent provocateur tidak boleh menjadi tidak sah dan tiada sabitan sedemikian boleh diketepikan hanya kerana mahkamah yang membicarakan kes itu tidak menyebut dalam alasan penghakimannya keperluan supaya mengingatkan dirinya terhadap bahaya membuat sabitan atas keterangan sedemikian.
Bahagian XVII
Peruntukan Am
Bahagian XVIII