Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian XVI · Penguatkuasaan dan Penalti

257. Keterangan yang diperoleh daripada penyiasatan boleh digunakan dalam tindakan sivil

(1)

Walau apa pun mana-mana undang-undang, apa-apa dokumen atau maklumat yang diperoleh oleh Bank dalam melaksanakan kuasa penyiasatannya terhadap—

(a)

orang yang diberi kuasa, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau peserta pasaran;

(b)

mana-mana pengarah atau pegawai orang yang disebut dalam perenggan (a);

(c)

mana-mana ejen orang yang disebut dalam perenggan (a);

atau

(d)

mana-mana orang lain, boleh digunakan oleh Bank dalam suatu tindakan sivil yang dimulakan oleh Bank.

(2)

Bagi mengelakkan keraguan, apa-apa dokumen atau maklumat yang disebut dalam subseksyen (1) tidak boleh diterima dalam mana-mana tindakan sivil di bawah Bahagian ini yang Bank ialah suatu pihak disebabkan hanya kerana Bank memperolehnya dalam melaksanakan kuasa penyiasatannya dan kebolehterimaan itu hendaklah diputuskan mengikut kaedah-kaedah keterangan di bawah mana-mana undang-undang.

Kesalahan jenayah

Report

Bahagian XVII

Peruntukan Am

Bahagian XVIII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules