Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian XVI · Penguatkuasaan dan Penalti

243. Bantuan kepada pegawai polis atau pegawai awam lain

Bank boleh atas usahanya sendiri, atau atas permintaan seorang pegawai awam—

(a)

membekalkan kepada seorang pegawai polis atau mana-mana pegawai awam lain suatu salinan mana-mana buku, output komputer, data, dokumen atau maklumat yang disita,

244 Undang-Undang Malaysia AKTA 759

ditahan atau diambil milik di bawah seksyen 232, 233

atau 236, atau apa-apa rekod pemeriksaan di bawah perenggan 239(1)(a), atau apa-apa penyataan bertulis atas sumpah atau ikrar yang dibuat di bawah perenggan 239(1)(c) atau apa-apa buku, output komputer, data, dokumen atau maklumat yang dikemukakan di bawah perenggan 239(1)(b), atau selainnya dalam penjalanan apa-apa pemeriksaan di bawah perenggan 239(1)(a), atau di bawah apa-apa penyataan bertulis atas sumpah atau ikrar yang dibuat menurut perenggan 239(1)(c), dan pegawai polis atau pegawai awam lain itu boleh menggunakan salinan rekod, penyataan, buku, output komputer, data, dokumen atau maklumat itu sebagaimana yang perlu atau suai manfaat berhubung dengan penjalanan kuasanya, pelaksanaan fungsinya, atau penunaian kewajipannya, berkenaan dengan mana-mana orang; atau

(b)

membenarkan seorang pegawai polis atau mana-mana pegawai awam lain untuk mempunyai akses kepada dan memeriksa apa-apa harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku, dokumen, maklumat, artikel atau benda yang telah dikemukakan di hadapan, atau disita, ditahan atau diambil milik, oleh seorang pegawai penyiasat di bawah Bahagian ini, dan pegawai polis atau pegawai awam lain itu boleh menggunakan apa-apa pengetahuan yang diperoleh daripada akses atau pemeriksaan itu sebagaimana yang perlu atau suai manfaat berhubung dengan penjalanan kuasanya, pelaksanaan fungsinya, atau penunaian kewajipannya, berkenaan dengan mana-mana orang.

Report

Bahagian XVII

Peruntukan Am

Bahagian XVIII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules