Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XVI · Penguatkuasaan dan Penalti
245. Kuasa Bank untuk mengambil tindakan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seseorang telah melakukan suatu kemungkiran di bawah
Akta ini sekiranya orang itu gagal untuk mematuhi atau memberi kesan kepada—
mana-mana peruntukan Akta ini;
mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
apa-apa perintah yang dibuat atau apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah Akta ini oleh Bank termasuk suatu perintah yang dibuat di bawah seksyen 106 atau suatu arahan yang dikeluarkan di bawah seksyen 128 atau 168, subseksyen 225(6) atau seksyen 227; atau
mana-mana standard, syarat, sekatan, penentuan, kehendak atau kod di bawah Akta ini.
Bank hendaklah mengambil kira perkara yang berikut dalam memutuskan tindakan sewajarnya yang akan diambil dalam setiap hal:
keberkesanan tindakan penguatkuasaan yang akan diambil di bawah di Akta ini;
perkadaran tindakan yang akan diambil dengan kemungkiran yang dilakukan;
pencegahan kemungkiran masa hadapan yang serupa keadaannya oleh orang lain; dan
apa-apa perkara lain yang dipertimbangkan sebagai berkaitan pada pendapat Bank.
Sekiranya pada pendapat Bank bahawa seseorang itu telah melakukan suatu kemungkiran dan adalah wajar untuk mengambil
246 Undang-Undang Malaysia AKTA 759
tindakan terhadap orang itu, Bank boleh, tertakluk pada seksyen 273, mengambil mana-mana satu atau lebih daripada tindakan yang berikut:
membuat suatu perintah secara bertulis menghendaki orang yang mungkir—
untuk mematuhi atau memberi kesan kepada; atau
untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa perbuatan untuk memastikan pematuhan dengan, mana-mana peruntukan, peraturan-peraturan, perintah, arahan, standard, syarat, sekatan, penentuan, kehendak atau kod yang disebut dalam subseksyen (1);
tertakluk pada subseksyen (4), mengenakan suatu penalti monetari—
mengikut perintah yang disiarkan dalam Warta yang dibuat di bawah seksyen 247 atau tiada perintah dibuat, apa-apa amaun yang Bank berpendapat patut, tetapi dalam apa-apa keadaan tidak melebihi lima juta ringgit dalam hal suatu kemungkiran yang dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan atau satu juta ringgit dalam hal suatu kemungkiran yang dilakukan oleh individu, mengikut mana-mana yang berkenaan;
yang tidak melebihi tiga kali ganda amaun kasar ganjaran yang diperoleh atau kehilangan yang dielakkan oleh orang itu yang berbangkit daripada kemungkiran itu; atau
yang tidak melebihi tiga kali ganda amaun wang yang menjadi hal perkara kemungkiran itu, yang mana lebih besar untuk setiap kemungkiran atau kegagalan untuk mematuhi;
mencela secara bertulis orang yang mungkir atau menghendaki orang yang mungkir itu untuk mengeluarkan
Perkhidmatan Kewangan Islam 247
suatu kenyataan umum berhubungan dengan kemungkiran itu sekiranya pada pendapat Bank kemungkiran itu berkaitan bagi maklumat am orang awam;
membuat suatu perintah secara bertulis menghendaki orang yang mungkir itu mengambil apa-apa langkah sebagaimana yang diarahkan oleh Bank untuk mengurangkan kesan kemungkiran itu; atau
membuat suatu perintah secara bertulis menghendaki orang yang diberi kuasa, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau peserta pasaran untuk meremedi kemungkiran itu termasuk membuat restitusi kepada mana-mana orang lain yang terkilan dengan kemungkiran itu.
Bank boleh mengenakan suatu penalti monetari di bawah perenggan (3)(b) hanya berkenaan dengan yang berikut:
kemungkiran mana-mana peruntukan yang dinyatakan dalam Jadual 15;
kemungkiran apa-apa kehendak di bawah mana-mana peruntukan yang lain di bawah Akta ini jika tiada kesalahan diperuntukkan bagi ketidakpatuhan kehendak itu;
kegagalan untuk mematuhi mana-mana kehendak yang dikenakan di bawah peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini jika tiada peruntukan bagi pengenaan penalti diperuntukkan mengikut perenggan 271(2)(d); atau
kegagalan untuk mematuhi mana-mana standard, kod, perintah, arahan, kehendak, syarat, penentuan, sekatan atau selainnya yang dibuat atau dikenakan menurut mana-mana peruntukan yang dinyatakan dalam Jadual 15.
Sekiranya suatu kemungkiran dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan, mana-mana tindakan di bawah subseksyen (3) boleh diambil terhadap seseorang—
248 Undang-Undang Malaysia AKTA 759
yang ialah pengarahnya, pengawalnya, pegawainya atau rakan kongsinya, atau pernah berupa untuk bertindak dalam mana-mana keupayaan sedemikian; atau
yang berkenaan dalam pengurusan hal ehwalnya, pada masa kemungkiran itu melainkan jika orang itu menunjukkan bahawa kemungkiran itu telah dilakukan tanpa keizinannya atau dibiarkan olehnya dan dia telah melaksanakan segala usaha untuk mencegah kemungkiran itu sebagaimana yang patut dilaksanakan olehnya, dengan mengambil kira keadaan fungsinya dalam keupayaan itu dan kepada hal keadaan itu.
Sekiranya suatu kemungkiran dilakukan oleh seseorang—
yang ialah pengarah, pengawal, pegawai atau rakan kongsi suatu pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan, atau berupa untuk bertindak atas mana-mana keupayaan sedemikian itu; atau
yang berkenaan dalam pengurusan hal ehwal suatu pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan itu, suatu tindakan di bawah subseksyen (3) boleh diambil terhadap pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan.
Bagi maksud perenggan (3)(e), dalam memutuskan sama ada apa-apa amaun perlu dibayar oleh seseorang yang mungkir, Bank hendaklah mengambil kira—
sama ada satu atau lebih orang telah mengalami kehilangan atau terjejas selainnya berbangkit daripada kemungkiran itu; atau
keuntungan yang terakru kepada orang yang mungkir itu.
Apa-apa penalti monetari yang dibayar oleh seseorang mengikut perenggan (3)(b) hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
Perkhidmatan Kewangan Islam 249
Jika seseorang itu gagal membayar suatu penalti monetari yang dikenakan oleh Bank di bawah perenggan (3)(b) dalam tempoh yang ditetapkan oleh Bank, penalti yang dikenakan oleh Bank boleh diambil tindakan guaman atau didapatkan kembali sebagai suatu hutang sivil yang kena dibayar kepada Kerajaan.
Jika seseorang itu gagal untuk meremedi kemungkiran itu termasuk membuat restitusi kepada orang lain yang terkilan disebabkan kemungkiran di bawah perenggan (3)(e), walau apa pun apa-apa yang terkandung dalam undang-undang bertulis lain, Bank boleh membawa guaman dan mendapatkan kembali amaun itu sebagai suatu hutang sivil yang kena dibayar kepada orang yang terkilan oleh kemungkiran itu.
Tiada apa pun dalam seksyen ini boleh menghalang Bank daripada mengambil apa-apa tindakan yang ia diberi kuasa untuk mengambil di bawah Akta ini, secara khususnya, seksyen 106, 128
atau 168, atau mana-mana undang-undang bertulis.
Bahagian XVII
Peruntukan Am
Bahagian XVIII