Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XVI · Penguatkuasaan dan Penalti
264. Kuasa untuk mengkompaun
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Gabenor boleh, dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya, menawarkan secara bertulis untuk mengkompaun mana-mana kesalahan yang boleh dihukum di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, dengan menerima daripada orang yang semunasabahnya disyaki telah melakukan kesalahan itu, apa-apa jumlah wang tidak melebihi amaun denda maksimum yang orang itu boleh bertanggungan sekiranya dia telah disabitkan kesalahan itu, dalam apa-apa masa sebagaimana yang ditentukan dalam tawaran itu.
Suatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan sekiranya amaun yang ditentukan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang ditentukan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh yang
262 Undang-Undang Malaysia AKTA 759
dilanjutkan yang boleh diberikan oleh Gabenor, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu telah dibuat, dan apa-apa dokumen atau benda yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan oleh Bank, tertakluk pada apa-apa terma dan syarat yang difikirkan sesuai oleh Bank.
Semua jumlah wang yang diterima di bawah subseksyen (1)
hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
Bahagian XVII
Peruntukan Am
Bahagian XVIII