Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XVI · Penguatkuasaan dan Penalti
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XVI · Penguatkuasaan dan Penalti
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Tiada seorang pun boleh—
membuat atau menyebabkan dibuat suatu catatan palsu;
meninggalkan daripada membuat, atau menyebabkan ditinggalkan, apa-apa catatan; atau
mengubah, mencabutkan, menyembunyikan atau memusnahkan, atau menyebabkan untuk diubah, dicabut, disembunyikan atau dimusnahkan, apa-apa catatan, dalam apa-apa buku atau rekod, atau dalam apa-apa laporan, helaian kertas, penyata atau apa-apa jua pun dokumen lain, yang berhubungan dengan perniagaan, hal ehwal, transaksi, keadaan, harta, aset, liabiliti atau akaun, orang yang diberi kuasa atau pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan.
Tiada seorang pun boleh mengelak daripada peruntukan Akta ini dengan mengubah, memalsukan, memusnahkan, mencacatkan, merosakkan, menyembunyikan atau mengalihkan apa-apa dokumen.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya.
Bahagian XVII
Bahagian XVIII