Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian XVI · Penguatkuasaan dan Penalti

267. Perlindungan berhubungan dengan pendedahan maklumat kepada Bank

(1)

Jika seseorang itu mendedahkan secara suci hati kepada

Bank, pengetahuannya atau kepercayaannya atau apa-apa dokumen atau maklumat bahawa suatu kemungkiran atau pelanggaran telah berlaku atau mungkin akan berlaku di bawah Akta ini—

(a)

orang itu tidak bertanggungan bagi suatu kemungkiran suatu kewajipan kerahsiaan yang dikenakan oleh mana-mana undang-undang, kontrak atau kaedah-kaedah amalan profesional;

(b)

ia hendaklah menjadi suatu pembelaan dalam suatu tindakan, guaman, dakwaan atau prosiding yang dibawa, dimulakan atau diteruskan dalam mana-mana mahkamah atau di hadapan mana-mana pihak berkuasa lain terhadap orang yang membuat pendedahan kepada Bank yang ia percaya pendedahan itu perlu bagi menjalankan kuat kuasa peruntukan Akta ini; atau

(c)

tidak ada kontrak atau hak atau remedi lain boleh dikuatkuasakan terhadap orang itu atas sebab pendedahan itu.

(2)

Apa-apa dokumen atau maklumat yang didedahkan kepada

Bank di bawah subseksyen (1) dan maklumat dan pengenalan diri orang yang membuat pendedahan itu hendaklah menjadi rahsia antara

Bank dan orang yang membuat pendedahan itu.

264 Undang-Undang Malaysia AKTA 759

Report

Bahagian XVII

Peruntukan Am

Bahagian XVIII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules