Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XVI · Penguatkuasaan dan Penalti
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XVI · Penguatkuasaan dan Penalti
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Dalam mana-mana prosiding jenayah atau sivil di bawah Akta ini—
apa-apa penyataan yang berupa untuk ditandatangani oleh
Gabenor atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa untuk melaksanakan fungsi Bank bagi pihaknya, yang menjadi sebahagian atau dilampirkan kepada apa-apa surat, daftar, rekod atau dokumen, tidak kira bagaimana sekalipun dinyatakan, disebut atau dilambangkan; atau
pengemukaan suatu salinan cetakan suatu standard, penentuan, perintah bertulis, arahan, petunjuk, notis, kehendak, syarat atau sekatan, surat, daftar, rekod, dokumen atau mana-mana instrumen lain yang ditentukan atau dikeluarkan menurut Akta ini, hendaklah, sehingga yang bertentangan dibuktikan, menjadi keterangan apa-apa hakikat yang tercatat dalamnya.
Bahagian XVII
Bahagian XVIII