Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil Daripada Aktivti Haram 2001 · Updated to 1 Mar 2026 · Bahagian VI · Pembekuan, Penyitaan dan Pelucuthakan
45. Penyitaan harta alih
Feedback & supportSemasa menjalankan penyiasatan tentang sesuatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1) atau 4A(2), sesuatu kesalahan membiayai keganasan atau sesuatu kesalahan membiayai aktiviti terhad, seseorang pegawai penyiasat boleh, setelah mendapat kelulusan daripada seorang pegawai penyiasat yang berpangkat lebih tinggi daripadanya, menyita apa-apa harta alih yang dia mempunyai alasan munasabah untuk mengesyaki merupakan hal perkara kesalahan itu atau keterangan berhubung dengan pelakuan kesalahan itu atau merupakan harta pengganas, harta pencambah, hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan.
Suatu senarai semua harta alih yang disita menurut subseksyen (1) dan tempat harta itu telah masing-masingnya dijumpai hendaklah disediakan oleh pegawai penyiasat yang melaksanakan penyitaan itu dan ditandatangani olehnya.
Suatu salinan senarai yang disebut dalam subseksyen (2)
hendaklah disampaikan dengan secepat mungkin kepada pemunya harta itu atau kepada orang yang daripadanya harta itu telah disita.
Walau bagaimanapun tiada penyampaian di bawah subseksyen (3) dikehendaki jika penyitaan itu dibuat dalam kehadiran orang yang terhadapnya prosiding di bawah Akta ini diniatkan untuk diambil, atau dalam kehadiran pemunya harta itu atau ejennya, atau dalam hal suatu kapal atau pesawat udara, dalam kehadiran nakhoda atau juruterbang, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Pegawai penyiasat yang melaksanakan penyitaan itu hendaklah menghantar suatu salinan senarai harta alih yang disita kepada
Pendakwa Raya dengan segera.
Pencegahan Pengubahan Wang Haram,
89
Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan
Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil daripada
Aktiviti Haram
Seksyen ini tidak terpakai bagi mana-mana harta alih yang boleh disita di bawah subseksyen (1) yang berada dalam milikan, jagaan atau kawalan sesuatu institusi kewangan.
Peruntukan lanjut yang berhubungan dengan penyitaan harta alih