Skip to content

Seksyen 66C

of Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil Daripada Aktivti Haram 2001

ActIn forceProvision 84 of 117

Seksyen 66C

(1)

Jika Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa

Bersatu memutuskan, menurut Artikel 41 Piagam Bangsa-Bangsa

Bersatu, mengenai langkah-langkah yang patut digunakan untuk menguatkuasakan mana-mana keputusannya dan meminta Kerajaan

Malaysia melaksanakan langkah-langkah itu, Menteri Dalam Negeri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, membuat apa-apa peruntukan yang didapatinya perlu atau suai manfaat untuk membolehkan langkah-langkah itu dilaksanakan dengan berkesan.

(2)

Jika sesuatu perintah di bawah subseksyen (1) membuat peruntukan yang bermaksud bahawa terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa sesuatu entiti yang ditetapkan oleh Majlis

Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu terlibat dalam perbuatan keganasan, perintah di bawah subseksyen (1) itu hendaklah disifatkan, mulai dari tarikh perintah itu, sebagai suatu perintah yang mengisytiharkan entiti itu sebagai suatu entiti ditentukan di bawah subseksyen 66B(1).

(3)

Sesuatu perintah di bawah subseksyen (1) tidak terpakai bagi dana dan aset kewangan atau sumber ekonomi lain atau mana-mana bahagian daripada dana, aset atau sumber itu yang telah ditentukan oleh Menteri Dalam Negeri sebagai—

(a)

perlu bagi perbelanjaan asas, termasuk pembayaran bagi bahan makanan, sewa atau gadai janji, ubat dan rawatan perubatan, cukai, premium insurans, dan caj kemudahan awam, atau secara eksklusif bagi pembayaran fi profesional yang munasabah dan pembayaran balik perbelanjaan yang dilakukan berkaitan dengan pemberian perkhidmatan undang-undang, atau fi atau caj perkhidmatan bagi pemegangan atau penyenggaraan biasa dana atau aset kewangan atau sumber ekonomi lain yang dibekukan itu; atau 116 Undang-Undang Malaysia AKTA 613

(b)

perlu bagi perbelanjaan luar biasa yang diluluskan oleh

Menteri Dalam Negeri, dan jika perintah sedemikian telah dibuat berhubung dengan dana, aset kewangan atau sumber ekonomi sedemikian atau mana-mana bahagian daripada dana, aset atau sumber itu, Menteri Dalam Negeri boleh, tertakluk pada apa-apa terma dan syarat yang didapati patut, mengubah perintah itu dan membenarkan akses kepada dana, aset atau sumber itu.