Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil Daripada Aktivti Haram 2001 · Updated to 1 Mar 2026 · Bahagian VI · Pembekuan, Penyitaan dan Pelucuthakan
66D. Kuasa Menteri untuk mendapatkan maklumat
Feedback & supportMenteri Dalam Negeri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menghendaki mana-mana orang atau golongan orang supaya menentukan dalam tempoh yang dinyatakan dalam perintah itu sama ada mereka memiliki atau mengawal harta pengganas atau harta yang dipunyai atau dikawal oleh atau bagi pihak mana-mana entiti ditentukan.
Sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh menghendaki mana-mana orang atau golongan orang yang dinyatakan di dalamnya supaya melaporkan kepada pihak berkuasa berwibawa
128 Undang-Undang Malaysia AKTA 613
atau pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan dalam apa-apa tempoh tetap yang dinyatakan dalam perintah itu—
sama ada mereka memiliki atau mengawal apa-apa harta yang disebut dalam subseksyen (1); dan
jika mereka memiliki atau mengawal apa-apa harta yang disebut dalam subseksyen (1)—
bilangan orang, kontrak atau akaun yang terlibat;
nilai keseluruhan harta yang terlibat;
cara bagaimana harta itu berada dalam milikan mereka; dan
apa-apa butir lain yang dinyatakan dalam perintah itu.
Pihak berkuasa berwibawa atau pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah melaporkan dengan segera kepada Menteri Dalam Negeri jika mana-mana orang atau golongan orang di bawah kawal selia atau pengawasan mereka didapati memiliki atau mengawal harta pengganas atau harta yang dipunyai atau dikawal oleh atau bagi pihak mana-mana entiti ditentukan.
Tiada prosiding jenayah, sivil atau tatatertib boleh dibawa terhadap seseorang kerana membuat laporan dengan suci hati di bawah subseksyen (2).
Mana-mana orang yang melanggar apa-apa perintah yang dibuat di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Peruntukan seksyen ini hendaklah berkuat kuasa walau apa pun apa-apa obligasi tentang kerahsiaan atau sekatan lain tentang
Pencegahan Pengubahan Wang Haram,
129
Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan
Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil daripada
Aktiviti Haram penzahiran maklumat yang dikenakan oleh mana-mana undang-undang bertulis atau selainnya.
Arahan, dsb., untuk menunaikan obligasi antarabangsa Kerajaan