Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil Daripada Aktivti Haram 2001 · Updated to 1 Mar 2026 · Bahagian VII · Pelbagai
82. Bidang kuasa
Feedback & supportMana-mana kesalahan di bawah Akta ini—
150 Undang-Undang Malaysia AKTA 613
di laut lepas dalam mana-mana kapal atau di dalam mana-mana pesawat udara yang didaftarkan di Malaysia;
oleh mana-mana warganegara atau mana-mana pemastautin tetap di laut lepas di atas mana-mana kapal atau di dalam mana-mana kapal udara;
oleh mana-mana warganegara atau mana-mana pemastautin tetap di mana-mana tempat di luar dan melepasi had
Malaysia;
oleh mana-mana orang terhadap warganegara Malaysia;
oleh mana-mana orang terhadap harta kepunyaan, atau yang dikendalikan atau dikawal oleh, secara keseluruhannya atau sebahagiannya,
Kerajaan
Malaysia atau
Kerajaan mana-mana Negeri di Malaysia, termasuk premis diplomatik atau konsular
Malaysia, mana-mana warganegara Malaysia, atau mana-mana perbadanan yang diwujudkan oleh atau di bawah undang-undang Malaysia yang terletak di luar Malaysia;
oleh mana-mana orang untuk memaksa Kerajaan Malaysia atau Kerajaan mana-mana Negeri di Malaysia untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa perbuatan;
oleh mana-mana orang tanpa negeri yang lazimnya bermastautin di Malaysia;
oleh mana-mana orang terhadap atau di atas suatu pelantar tetap semasa pelantar itu berada di pelantar benua Malaysia;
atau
oleh mana-mana orang yang selepas pelakuan kesalahan itu berada di Malaysia, bolehlah diperlakukan seolah-olah kesalahan itu telah dilakukan di mana-mana tempat di dalam Malaysia.
Pencegahan Pengubahan Wang Haram,
151
Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan
Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil daripada
Aktiviti Haram
Walau apa pun apa-apa jua dalam Akta ini, tiada pertuduhan tentang apa-apa kesalahan boleh disiasat di Malaysia melainkan jika seorang pegawai diplomatik Malaysia, jika ada pegawai sedemikian, di dalam wilayah tempat kesalahan itu dikatakan telah dilakukan memperakui bahawa, pada pendapatnya, pertuduhan itu sepatutnya dibawa di Malaysia; dan jika tiada pegawai diplomatik sedemikian, kebenaran Pendakwa Raya dikehendaki.
Mana-mana prosiding yang diambil terhadap mana-mana orang di bawah seksyen ini yang akan menjadi galangan kepada prosiding yang kemudiannya terhadap orang itu bagi kesalahan yang sama jika kesalahan itu telah dilakukan di Malaysia hendaklah menjadi galangan kepada prosiding yang selanjutnya terhadapnya di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan ekstradisi atau penyerahan penjenayah buruan yang berkuat kuasa di Malaysia berkenaan dengan kesalahan yang sama di mana-mana wilayah di luar had Malaysia.
Bagi maksud seksyen ini, ungkapan “pemastautin tetap”
mempunyai erti yang diberikan oleh Akta Mahkamah Kehakiman 1964 [Akta 91].