Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil Daripada Aktivti Haram 2001 · Updated to 1 Mar 2026 · Bahagian VII · Pelbagai
76. Bukti pensabitan dan pembebasan
Feedback & supportBagi maksud apa-apa prosiding di bawah Akta ini, hakikat bahawa seseorang telah disabitkan atau dibebaskan bagi sesuatu kesalahan oleh atau di hadapan mana-mana mahkamah di Malaysia atau oleh suatu mahkamah asing hendaklah boleh diterima sebagai keterangan bagi maksud membuktikan, jika berkaitan dengan mana-mana isu dalam prosiding itu, bahawa dia telah melakukan atau tidak melakukan kesalahan itu, sama ada atau tidak dia menjadi suatu pihak kepada prosiding itu, dan jika dia telah disabitkan sama ada dia telah disabitkan sedemikian berdasarkan akuan bersalah atau selainnya.
Mahkamah itu hendaklah menerima sabitan yang disebut dalam subseksyen (1) sebagai muktamad melainkan jika—
sabitan itu tertakluk pada semakan atau rayuan yang belum lagi ditentukan;
sabitan itu telah dibatalkan atau diketepikan; atau
mahkamah mempunyai pandangan bahawa bertentangan dengan kepentingan keadilan atau kepentingan awam untuk menerima sabitan itu sebagai muktamad.
Seseorang yang dibuktikan telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah seksyen ini hendaklah dianggap telah melakukan perbuatan itu dan telah mempunyai keadaan fikiran, jika ada, yang di bawah undang-undang membentuk kesalahan itu.
Apa-apa pensabitan atau pembebasan yang boleh diterima di bawah seksyen ini boleh dibuktikan—
146 Undang-Undang Malaysia AKTA 613
dalam hal sesuatu pensabitan atau pembebasan di hadapan suatu mahkamah di Malaysia, dengan suatu perakuan pensabitan atau pembebasan, yang ditandatangani oleh
Pendaftar mahkamah itu; atau
dalam hal suatu pensabitan atau pembebasan di hadapan suatu mahkamah asing, oleh suatu perakuan atau suatu rekod prosiding rasmi yang dimeterai dan diperakui sah oleh mahkamah asing itu, yang memberikan isi hal dan kesan pertuduhan itu dan pensabitan atau pembebasan itu.