Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil Daripada Aktivti Haram 2001 · Updated to 1 Mar 2026 · Bahagian VII · Pelbagai
81. Pengubahsuaian
Feedback & supportMenteri Kewangan boleh, atas syor pihak berkuasa berwibawa yang hendaklah berunding dengan Lembaga Perkhidmatan
Kewangan Labuan, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, memperuntukkan bahawa mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana bahagian peruntukan itu, yang dinyatakan dalam perintah itu, tidak terpakai berhubung dengan sesuatu institusi kewangan yang didaftarkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti
Labuan 2010 atau Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam
Labuan 2010 atau hendaklah terpakai dengan apa-apa pengubahsuaian yang dinyatakan dalam perintah itu.
Terma perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) mestilah selaras dengan tujuan dan maksud Akta ini.
Dalam seksyen ini, “pengubahsuaian” termasuklah pindaan, penyesuaian, perubahan, variasi, penambahan, pembahagian, penggantian atau pengecualian.