Skip to content

Bahagian VII · Pelbagai

79. Pemeliharaan kerahsiaan

Feedback & support
(1)

Kecuali bagi maksud melaksanakan kewajipannya atau menjalankan fungsinya di bawah Akta ini atau apabila dikehendaki dengan sah oleh mana-mana mahkamah atau di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis supaya dilakukan tiada seorang pun boleh menzahirkan apa-apa maklumat atau perkara yang didapati olehnya dalam pelaksanaan kewajipannya atau penjalanan fungsinya di bawah Akta ini.

(2)

Tiada seorang pun yang mempunyai apa-apa maklumat atau perkara yang pada pengetahuannya telah dizahirkan melanggar dengan subseksyen (1) boleh menzahirkan maklumat atau perkara itu kepada mana-mana orang lain.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Pencegahan Pengubahan Wang Haram,

149

Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan

Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil daripada

Aktiviti Haram

Report