Skip to content

Bahagian VII · Pelbagai

83D. Kuasa mahkamah untuk membuat perintah tertentu

Feedback & support
(1)

Jika atas suatu permohonan yang dibuat oleh pihak berkuasa berwibawa atau pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan, mengikut mana-mana yang berkenaan, mahkamah mendapati bahawa—

(a)

wujud kemungkinan yang munasabah bahawa mana-mana orang akan melanggar mana-mana peruntukan Akta ini; atau

Pencegahan Pengubahan Wang Haram,

157

Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan

Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil daripada

Aktiviti Haram

(b)

mana-mana orang telah melanggar suatu peruntukan Akta ini dan terdapat langkah-langkah yang boleh diambil untuk meremedi pelanggaran itu, sama ada orang itu telah dipertuduh atas suatu kesalahan berkenaan dengan pelanggaran itu atau tidak atau sama ada suatu pelanggaran telah dibuktikan dalam suatu pendakwaan atau tidak, mahkamah boleh, tanpa menjejaskan apa-apa perintah yang berhak dibuat olehnya selain menurut seksyen ini, membuat semua atau mana-mana perintah yang berikut:

(aa)

suatu perintah yang menahan atau menghendaki pemberhentian pelanggaran itu;

(bb)

suatu perintah yang menghendaki orang itu, atau mana-mana orang lain, yang diketahui terlibat dalam pelanggaran itu, untuk mengambil apa-apa langkah sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah untuk meremedi atau mengurangkan kesan pelanggaran itu termasuklah membuat restitusi kepada mana-mana orang lain yang terkilan dengan pelanggaran itu;

(cc)

bagi maksud memastikan pematuhan apa-apa perintah lain di bawah seksyen ini, suatu perintah yang mengarahkan seseorang untuk melakukan atau menahan diri daripada melakukan suatu perbuatan yang dinyatakan;

(dd)

suatu perintah yang menahan orang itu daripada memperoleh, melupuskan atau selainnya membuat urusan tentang harta yang mengenainya mahkamah berpuas hati bahawa orang itu mungkin semunasabahnya akan melupuskan atau selainnya membuat urusan tentang harta itu;

158 Undang-Undang Malaysia AKTA 613

(ee)

jika seseorang itu telah enggan atau tidak, atau masih enggan atau tidak, atau bercadang untuk enggan atau tidak, melakukan apa-apa perbuatan yang orang itu dikehendaki untuk melakukannya di bawah mana-mana peruntukan Akta ini, suatu perintah yang menghendaki orang itu untuk melakukan perbuatan itu;

(ff)

dalam hal jika orang itu ialah seorang ketua pegawai eksekutif, pengarah atau pengurus yang bertanggungjawab ke atas suatu institusi pelapor atau institusi, suatu perintah yang memecat orang itu daripada jawatannya atau dia dihalang daripada menjadi seorang ketua pegawai eksekutif, pengarah atau pengurus institusi pelapor atau institusi itu, atau untuk terlibat dalam pengurusan, secara langsung atau tidak langsung, institusi pelapor atau institusi itu bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang diputuskan oleh mahkamah; atau

(gg)

apa-apa perintah sampingan yang disifatkan wajar berikutan dengan pembuatan suatu perintah di bawah perenggan (aa), (bb), (cc), (dd), (ee) atau (ff).

(2)

Jika suatu permohonan dibuat kepada suatu mahkamah bagi suatu perintah di bawah subseksyen (1), mahkamah itu boleh, jika pada pendapatnya adalah wajar untuk berbuat demikian, sebelum mempertimbangkan permohonan itu, membuat suatu perintah interim dan perintah itu hendaklah dinyatakan mempunyai kuat kuasa sementara menanti penentuan permohonan itu.

(3)

Jika suatu permohonan dibuat kepada mahkamah bagi suatu perintah di bawah perenggan (1)(ee), mahkamah boleh membenarkan perintah itu—

(a)

jika mahkamah berpuas hati bahawa orang itu telah enggan atau tidak melakukan perbuatan yang dikehendaki itu, sama ada mahkamah mendapati atau tidak bahawa orang itu berniat sekali lagi untuk enggan atau tidak, atau terus untuk

Pencegahan Pengubahan Wang Haram,

159

Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan

Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil daripada

Aktiviti Haram enggan atau tidak, melakukan perbuatan yang dikehendaki itu; atau

(b)

jika mahkamah mendapati bahawa sekiranya perintah sedemikian tidak dibenarkan, berkemungkinan bahawa orang itu akan enggan atau tidak melakukan perbuatan yang dikehendaki itu, sama ada atau tidak orang itu telah sebelumnya enggan atau tidak melakukan perbuatan itu atau sama ada terdapat apa-apa risiko kerugian yang hampir berlaku atau tidak kepada mana-mana orang jika orang yang dikehendaki melakukan perbuatan itu atau benda itu enggan atau tidak berbuat demikian.

(4)

Jika suatu permohonan bagi suatu perintah di bawah subseksyen (1) dibuat oleh pihak berkuasa berwibawa atau pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan, mahkamah tidak boleh, sebagai suatu syarat bagi perintah itu diberikan, menghendaki apa-apa aku janji tentang ganti rugi yang kena diberikan oleh atau bagi pihak berkuasa berwibawa atau pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan itu.

(5)

Mahkamah boleh menghapuskan, mengubah atau membatalkan sesuatu perintah yang dibuat olehnya di bawah seksyen ini atau menggantung kuat kuasa perintah itu.

Report