Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil Daripada Aktivti Haram 2001 · Updated to 1 Mar 2026 · Bahagian VII · Pelbagai
83. Kuasa untuk mengeluarkan arahan, dsb
Feedback & supportSebagai tambahan kepada dan tidak mengurangkan kuasa pihak berkuasa berwibawa yang diperuntukkan di bawah Akta ini, pihak berkuasa berwibawa boleh, setelah berunding dengan pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan yang berkaitan, mengeluarkan apa-apa arahan, petunjuk, garis panduan, surat pekeliling, piawaian, notis, penentuan atau kehendak kepada, atau mengenakan apa-apa syarat ke atas, sesuatu institusi pelapor, atau pengarah, pegawai atau pekerja institusi pelapor itu sebagaimana yang perlu atau suai manfaat untuk memberikan kuat kuasa yang sepenuhnya kepada atau bagi menjalankan peruntukan Akta ini dan terutamanya bagi pengesanan atau pencegahan pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan dan pembiayaan aktiviti terhad.
152 Undang-Undang Malaysia AKTA 613
Institusi pelapor, atau pengarah, pegawai atau pekerja institusi pelapor itu hendaklah mematuhi arahan, petunjuk, garis panduan, surat pekeliling, piawaian, notis, penentuan atau kehendak yang dikeluarkan, atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (1).
Mana-mana institusi pelapor, atau pengarah, pegawai atau pekerja institusi pelapor itu yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit.