Skip to content

Bahagian VII · Pelbagai

83A. Pematuhan obligasi

Feedback & support
(1)

Pihak berkuasa berwibawa atau pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh—

(a)

mengarahkan mana-mana institusi pelapor atau institusi di bawah Bahagian VIA dan VIB, atau pengarah, pegawai atau pekerja institusi pelapor atau institusi itu; atau

(b)

membuat perjanjian dengan mana-mana institusi pelapor atau institusi di bawah Bahagian VIA dan VIB, atau pengarah, pegawai atau pekerja institusi pelapor atau institusi itu, yang tanpa alasan munasabah telah tidak mematuhi mana-mana obligasi di bawah Akta ini, untuk melaksanakan apa-apa rancangan tindakan bagi memastikan pematuhan obligasi institusi pelapor atau institusi di bawah Bahagian VIA dan VIB, atau obligasi pengarah, pegawai atau pekerja institusi pelapor atau institusi itu di bawah Akta ini.

(2)

Mana-mana institusi pelapor atau institusi di bawah

Bahagian VIA dan VIB, atau pengarah, pegawai atau pekerja institusi pelapor atau institusi itu yang tidak mematuhi sesuatu arahan atau perjanjian di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, hendaklah

Pencegahan Pengubahan Wang Haram,

153

Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan

Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil daripada

Aktiviti Haram sebagai tambahan didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripadanya yang kesalahan itu terus dilakukan.

(3)

Seksyen ini tidaklah menggalang, menghalang atau melarang pemulaan apa-apa pendakwaan atau tindakan pentadbiran bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini.

Report