Skip to content

Bahagian VII · Pelbagai

83E. Kuasa untuk menyiarkan maklumat

Feedback & support

Pihak berkuasa berwibawa, pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan atau agensi penguat kuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh, mengikut apa-apa bentuk dan cara sebagaimana yang didapatinya wajar, menyiarkan apa-apa maklumat yang difikirkannya perlu atau suai manfaat bagi kepentingan awam, iaitu—

(a)

apa-apa tindakan yang diambil di bawah Akta ini termasuk prosiding jenayah, pengkompaunan, tindakan sivil dan tindakan pentadbiran; dan 160 Undang-Undang Malaysia AKTA 613

(b)

keputusan tindakan yang disebut dalam perenggan (a)

termasuk keputusan mana-mana prosiding, penyelesaian dalam atau luar mahkamah berhubung dengan apa-apa kemungkiran atau pelanggaran peruntukan Akta ini.

Report