Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil Daripada Aktivti Haram 2001 · Updated to 1 Mar 2026 · Bahagian VII · Pelbagai
77. Tanggung rugi
Feedback & supportTiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan, atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah atau di hadapan mana-mana pihak berkuasa yang lain terhadap—
pihak berkuasa berwibawa atau agensi penguat kuasa yang berkaitan;
mana-mana pengarah atau pegawai pihak berkuasa berwibawa atau agensi penguat kuasa yang berkaitan, sama ada atas sifat peribadinya atau sifat rasminya; atau
mana-mana orang yang bertindak menurut undang-undang dalam mematuhi mana-mana arahan, petunjuk atau perintah seseorang pengarah atau pegawai pihak berkuasa berwibawa atau agensi penguat kuasa yang berkaitan, bagi atau oleh sebab, atau berkenaan dengan, apa-apa perbuatan yang dilakukan atau pernyataan yang dibuat atau ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat, atau yang berupa sebagai dilakukan atau dibuat atau ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat, menurut atau dalam melaksanakan, atau yang dimaksudkan untuk menurut atau melaksanakan, Akta ini atau mana-mana perintah bertulis, arahan,
Pencegahan Pengubahan Wang Haram,
147
Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan
Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil daripada
Aktiviti Haram petunjuk atau benda lain yang dikeluarkan di bawah Akta ini jika perbuatan atau pernyataan itu dilakukan atau dibuat, atau ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat, dengan suci hati.