Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil Daripada Aktivti Haram 2001 · Updated to 1 Mar 2026 · Bahagian VII · Pelbagai
86. Kesalahan am
Feedback & supportMana-mana orang yang melanggar—
mana-mana peruntukan Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya; atau
apa-apa penentuan atau kehendak yang dibuat, atau apa-apa perintah bertulis, arahan, petunjuk, garis panduan, surat pekeliling, piawaian atau notis yang diberikan, atau apa-apa had, terma, syarat atau sekatan yang dikenakan, pada menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah atau menurut mana-mana peruntukan Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, jika tiada penalti secara nyata diperuntukkan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan, boleh didenda tidak melebihi satu juta ringgit.