Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil Daripada Aktivti Haram 2001 · Updated to 1 Mar 2026 · Bahagian VII · Pelbagai
88. Kesalahan oleh individu
Feedback & supportJika seseorang boleh dikenakan di bawah Akta ini sesuatu penalti bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran, dia boleh dikenakan penalti yang sama bagi perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran pekerja, pengarah, pengawal, atau ejennya jika perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran itu dilakukan oleh—
(a)
pekerjanya dalam perjalanan pekerjaan pekerja itu;
(b)
pengarahnya semasa menjalankan fungsi seorang pengarah;
(c)
pengawalnya semasa menjalankan fungsi seorang pengawal; atau
(d)
ejennya apabila bertindak bagi pihaknya.