Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil Daripada Aktivti Haram 2001 · Updated to 1 Mar 2026 · Bahagian VII · Pelbagai
83C. Tindakan sivil
Feedback & supportPihak berkuasa berwibawa atau pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh memulakan prosiding sivil di dalam mahkamah terhadap seseorang bagi mana-mana pelanggaran di bawah Bahagian IV, VIA atau VIB, atau mana-mana arahan, petunjuk, garis panduan, surat pekeliling, piawaian, notis, penentuan atau kehendak yang dikeluarkan, atau mana-mana syarat yang dikenakan di bawah Bahagian IV, VIA, VIB atau VII, sama ada orang itu telah dipertuduh atas mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau tidak, atau sama ada suatu pelanggaran telah dibuktikan dalam sesuatu pendakwaan atau tidak.