Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil Daripada Aktivti Haram 2001 · Updated to 1 Mar 2026 · Bahagian VII · Pelbagai
84. Peraturan-peraturan
Feedback & supportMenteri Kewangan atau Menteri Dalam Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh membuat apa-apa peraturan-peraturan yang perlu atau suai manfaat untuk memberikan kuat kuasa yang sepenuhnya kepada atau bagi menjalankan peruntukan
Akta ini.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat—
bagi menetapkan apa-apa jua yang dikehendaki supaya atau dibenarkan untuk ditetapkan di bawah Akta ini;
bagi memperuntukkan bahawa apa-apa perbuatan atau peninggalan yang melanggar mana-mana peruntukan peraturan-peraturan itu hendaklah menjadi suatu kesalahan;
bagi mengadakan peruntukan tentang pengenaan penalti bagi kesalahan itu yang tidak boleh melebihi denda sebanyak tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya; dan
bagi mengadakan peruntukan tentang pengenaan penalti tambahan bagi kesalahan yang berterusan yang tidak boleh melebihi lima ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripadanya yang kesalahan itu terus dilakukan.