Skip to content

Seksyen 92

Kuasa pihak berkuasa berwibawa untuk mengkompaun kesalahan

of Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil Daripada Aktivti Haram 2001

ActIn forceProvision 116 of 117
Seksyen 92
(1)

Pihak berkuasa berwibawa atau agensi penguat kuasa yang berkaitan, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh, dengan keizinan Pendakwa Raya, mengkompaun mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, dengan menerima daripada orang yang disyaki secara munasabah telah melakukan kesalahan itu apa-apa amaun yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum bagi kesalahan itu, termasuk denda harian, jika ada, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, yang boleh dikenakan ke atas orang itu jika dia telah disabitkan atas kesalahan itu, dalam apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam tawaran bertulisnya.

(2)

Apa-apa wang yang dibayar kepada pihak berkuasa berwibawa atau agensi penguat kuasa yang berkaitan menurut subseksyen (1)

hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada

Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.

(3)

Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau apa-apa masa lanjutan yang diberikan oleh pihak berkuasa berwibawa atau agensi penguat kuasa yang berkaitan itu, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

(4)

Jika sesuatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan

140 Undang-Undang Malaysia AKTA 613

kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun kesalahan itu telah dibuat.