Skip to content
In forceUpdated to 31 Oct 2016Read it in English

Bahagian III · Penubuhan dan Penyenggaraan Aerodrom

5A. Menubuhkan, menyenggarakan dan mengendalikan aerodrom

Feedback & support
(1)

Menteri boleh—

(a)

membenarkan mana-mana orang untuk menubuhkan suatu aerodrom di Malaysia untuk pelepasan dan pendaratan mana-mana kapal udara yang terlibat dalam membawa penumpang, mel atau muatan untuk sewa atau upah; dan

(b)

membenarkan mana-mana orang untuk menubuhkan, dan melesenkan mana-mana orang untuk menyenggarakan atau mengendalikan, suatu aerodrom di Malaysia untuk pelepasan dan pendaratan mana-mana kapal undara yang terlibat dalam membawa penumpang, mel atau muatan untuk sewa atau upah.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), Menteri boleh mengenakan terma-terma dan syarat-syarat yang difikirkan perlu.

(3)

Mana-mana orang yang menubuhkan suatu aerodrom tanpa kebenaran atau menyenggarakan atau mengendalikan suatu aerodrom tanpa lesen di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

(4)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi mana-mana terma dan syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima

Penerbangan Awam 21

ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Report

Bahagian IV

Pengawalan Galangan yang Berdekatan Dengan Aerodrom

Bahagian V

Tanggungan Kerana Kerosakan yang Disebabkan Oleh Kapal Udara

Bahagian VI

Penahanan Kapal Udara

Bahagian VII

Karaman dan Penyelamatan

Bahagian VIII

Sekatan Mengenai Tuntutan untuk Ganti Rugi dan Pampasan

Bahagian IX

Pelbagai

Bahagian X

Peralihan

Schedules